my future child's name

Assalamualaikum....

Today tetibe nak share nama anak aku when i get married with my own tulang rusuk :)woahhhhh  .
Nanti dah kahwin confirm nak anak kan ?nak mampos tak nak anak ,anak tu kan rezeki hahhahah .K dahhhh neh antara yg aku berangan nak kasi kat my cupcake bila dia lahir nanti insha Allah kalau ade rezeki aku kahwin ,

RINDU ARIANA BINTI belumtahu
CINTA AMANI BINTI belumtahu
KASIH NUR ZAHRAA BINTI belumtahu
IMAN SUFI BIN belumtahu


Haaaaa tu je kot nama anak aku nanti ,simple tak panjang senang ingat .Nanti takde lew dekat sekolah bila nak panggil nama tersekat2 mcm PUTRI NUR DAYANA INTAN ALKHARED SORFYAA AMANIMA BIN AMAT ..Apaknyaaaa panjang gilaaa nama ,nnt nak panggil ape ?gegirl jee ?sesia je kau bagi nama panjang2 hahhahaha !To me takpayah nak crowd sangat ,nnt nenek pada anak kau pun asik lupe jew nama cucu dia ,iye ahhh panjang angat ,dah mcm nak kasi nama sainstifik pada sesuatu benda je cth :Eurycoma Longifolia padehal nenek2 kat kampung panggil pokok tongkat ali jew ,ntaaaa natang nme pi curi tongkat si ali neh ,habis si ali neh rebah tak ke naye jew masuk icu ish ish ish


Dah panjang pulak aku membebel hahhaha ,dah byeeee HAPPY WEEKDAY selamat berpuasa selamat berbukaaa .Raya lagi seminggu je nehhh



Anak :)umi mu disini ! abah mu belum dikenal pasti 






SAYAP KIRI PERJUANGAN YANG KUIMPI


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang
memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya Fulanah mula sebak.
"Tak. Maksud saya"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.
Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada
dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya.
Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan
tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju.
Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak
hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah
tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"Perjuangan!!" jawab Fikri.
SEDARLAH SEMUA KALIAN AKAN DIMADUKAN!
JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI
TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN
ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!!
KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!
PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU!
JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRIMU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG
PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!
JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI TERIMALAH HAKIKAT BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!!
BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG
DICINTAINYA, KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA!
DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN, SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN
LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU!
BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN!!

x

SURAT LAYAR UNTUK KAU BAKAL IMAMKU

Assalamualaikum :)

 Dear future zauj  ,
Semoga Allah merahmati awak sebagai hambaNya :) Saya taktahu tetibe rasa nak layangkan surat neh untuk awak !Kalau sudi baca lah ,kalau tak sudi pun baca juga ehh

Setiap pertemuan kita ,buat saya rasa nak tercabut jantung bila berdegup bila awak pandang saya ya Allah sempurnanya hambaMu ini ,melting dah nehhh ... Tapi siapa saya kalau nak gandingkan dengan awak yang jauh lebih baik dari saya kan ,tapi apa saya kisah orang nak kata apa kn sukati ahh !setiap 5waktu saya doa minta kat Pencipta agar awak dijodohkan dengan saya *Malu*ishhhh gatalnyaaa sayaa neh spm pun tak lepas !Bukan saya minta saya dikahwinkan muda ,takk bukan mcm tuu .saya minta agar Allah jagakan hati awak untuk saya dan bila tiba seru Allah pertemukan kita .Saya taknak cinta sebelum nikah awak ,yang saya nak cinta after nikah mesti lagi sweet kan awak !

Kalau boleh cinta kita macam dalam novel tuu yg sweet2 semua tapi saya tahu novel itu rekaan semata tapi jodoh kita ?realiti ,eksklusif sudah tercatat dalam buku takdir kita since kita wujud dlm kandungan ibu yg baru cecah 4bulan lagi .ohhh walaupun mulut tu ada sikit tak control ,tapi saya tahu niat awak baik

Saya minta maaf sangat kalau perasaan saya ini menyusahkan awak ,tapi apa boleh buat jatuh cinta tu kan fitrah manusia sejak azali ,bukan tak kawal tp tak pandai nak kawal je !tp Alhamdulillah saya pandai sorokkan perasaan saya dekat awak dari pengetahuan awak sendiri .pehhh kalau lew awak tahu mana lahh saya nak sorok muka neh ,bawah mejaa mungkin hhahaha ,kalau boleh nak pindah terus sekolah lah !

Saya harap sangat perasaan neh hati neh Allah jaga untuk awak sorang ,saya tak harap pun awak baca surat neh ,tapi suatu hari nanti bila betul confirm awak dah jadi zauj saya ,saya sendiri make sure akan tunjukkan surat neh dekat awak sorang !yesss awak :)

Semoga bertemu di jabbal rahmah tempat pertemuan Adam dan Hawa :)selamat malam bakal imam ku ..semoga Allah melindungi kau selalu


#orang kata kalau kte suka kat someone tu teru spanggil dia bakal imam ,genap 40hari insyaAllah termakbul jadi imam hahha yelah percakapan itukan satu doa .okeyy mulai sekarang saya panggil awak bakal imam .nnt saya gelarkan awak mr. soleh

Happy reading =)

Teguran

Assalamualaikum .. selamat pagi ! ehh jam 11 pagi lagi kan ?tak kisah lahh ,neh nak kongsi satu cerita kan
 Tadi aku p bukak ig aka INSTAGRAM sorang artis neh lah kan ,dia punya pemakaian too much sexy !seksa aku tengok ,tapi dah tertengok nak buat mcm mne then aku tengok lah kekomen peminat dia .Pastu ada lah sorang hamba Allah neh pi tegur si artis neh cara pemakaian dia terlampau seksi ,then yg peminat si artis neh pi lah bash budak tu ckp dia ustazah lah tak layak lah nak tegur org ,ckp budak tu pun bukan baik sgt lah mcm2 ahh dia org kutuk2 ada ahh dua tiga back up bdk tu tapi ramai lagi yg kutuk dia sampai last2 komen org tu ckp EH RAMAI SANGATT LAH USTAZAH DEKAT SINI !what daa ?kepala hotak kau ehh ustazah ,orang menegur bukan menghina tau ,tegur tu atas nasihat bukan dia tegur sampai memalukan artis tu pun ..

Cmon lah weyhh ,fikiran tu jangan nak sempit sangat jgn kolot sgt !Ingat dia bumi kita semakin tua weyhh orang tegur atas kebaikan kau sejagat .. orang nasihat tu terima je  !bukan kena bayar pun kan ,Nasib manusia yang tegur kalau malaikat tegur kau ?sempat ke nak bertaubat minta ampun dkt org yg kau kutuk2 tu .fikirkan ....