KEM PENGAWAS MEGA .. Part I

Memandang kan hari ni hari jumaat ,aku cuti sekolah sebab smlm ada karnival smpai pukul 5pt ,so ada lah masa sikit nak tulis blog neh kan hahahhh okey stop membebel ain !Hari ni nak cerita pasal kem pengawas mega yang aku pergi last week dkt forest stay dekat taman botanikal air keroh melaka  ...Kenapa kem pengawas MEGA kenapa tak tera ke giga ke haaa ?Sebabnya mega ,kem pengawas kali neh gabung 2 sekolah smk air molek@amosa (sekolah aku ) dgn smk durian tunggal@dutass .

       Kem neh selama 3hari 2malam mulai 5 april smpai 7 april ..Jumaat/5.4.13 Memula sampai  sana mcm merungut juga sebab sumpah tak adil bila dutass smpai dia org tak kena atur pun dgn ckgu bila nak masuk dangau ,boleh je pilih2 kawan tapi bila amosa smpai ckgu yg atur kan kita org masuk dangau berapa .ishhh tak ke tak adil tu ,nyampah sungguh .Dah lee tak sat dangau dgn shyyra ifa nani ,lagi lew mcm apa !Sampai2 jee lepas da letak barang dlm dangau semua kena kumpul dkt dewan ,ckgu rahmat nak kasi taklimat komanden ,kat situ ckgu terang kan do and don't sepanjang dlm kem ,gila kau nak buat benda yg merepek2 dah le kawasan hutan ..Lepastuu solat asar then minum petang ,balik bilik siap2 nak maghrib ckgu kasi dlm mse 1jam jee so aku decide tak mandi pun sebab toilet terlalu ramai org nak pakai ,then balik bilik balik salin baju dlm dangau ,sembur perfume aku bebanyak hahahahha alaa bukan org tahu pu da mandi ke tak ,lg pun sebelum p sne da mandi kat rumah kan hahhahah buruk perangai anak amir neh haa .... Malam nye pulak lepas maghrib ada kuliah ckgu izi yg kasi ,pasal cintakan rasul then solat isyak lepas tuu ada aktivit berkumpulan(aku kump. 11) first aktivit ckgu kasi buat lencana kumpulan then lukis atas kain besar ,buat cheers untuk kumpulan ...Then task kedua kita org buat robot pakai kertas surat khabar .ohhhh sepanjang kat sana kita org kena kumpul duit ,mcm satu syarikat ahh bersaing dgn syarikat lain .

           Ckgu kasi tender buat apa2 mcm kemas dewan ke basuh pinggan ke nnt dpt ahh duit tambah modal .Lepas tengah malam tiba lahh malam night walk yang paling aku tak suka sebab org tu suka takut2 kan org .. First2 dia suruh berkumpul aku dah cuak gila ,nak pergi toilet semua taknak teman redha je lahh .huarrrrr,then masa utk perjalanan dlm hutan !wahhh cakap hutan mesti kau org trbayang hutan tebal kan hahahhaha tade lah hutan rekreasi je kot relax dah ..first2 tanak pegang tangan cina dpn aku tu yelah keadaan terang lg ,then tiba satu jalan yg tak nmpak langsung jln baru aku rasa nak pegang tangan camoi nehh ,memula aku nak tarik je baju dia mne le tahu dia tak suka bdk melayu pegang2 kan ,tetibe dia sendiri yg hulur tgn kat aku siap suruh aku jgn takut lg :) alololo sweet gila dia tu hahahha .dlm mse 2jam tu aku rasa lebih 15kali kot aku dok ulang ayat kursi ,alfatihah ngan 3qul hahhaha .punya kecut perut aku ,Dekat sane memula mcm pk yg bukan2 gak tapi lelama bila mengantuk menguasai diri apa pun aku tak pk yg aku pk just nk tidur je time tu .

     Dalam pada tu nmpak gak lah abg akk fasi yg lalu lalang igt org takut ke hahhahahahah ..k ain cakap besar tak baik !nak pukul 3/4 pagi baru kumpul balik then balik bilik tidur tp aku tak tidur sbb tak rasa nak tidur .dok dua tiga kali ulang p toilet smpai ckgu remy ckgu hairi ckgu izi tegur nape tak tidur lagi ,aku just jawab takboleh tidur jee smbil pegang berus gigi sebab nak berus gigi aku lah 

Fahmi jadi robot :)time neh kena marah ngan abg shukrie sbb konyokkan roda !SENTAP

Atas bukit ada rumput,
rumput cantik takpernah lihat
rumput atas bukit
bukit yang cantik oiii
bukit yang cantik .

sesi memperkenalkan nama kumpulan
dn nak buat cheers

Sesi membincang nama apa nak letak


malam first kem !Salam maghrib


SECOND DAY next post :D